Loading the player...


INFO:
Pendapat saya, ini merupakan cara yang paling cepat dan jimat. Pokok benih memerlukan tempat yang mencukupi untuk pertumbuhan. Bagi proses saya, saya memberi tempat yang secukupnya untuk benih terus berkembang terus ke polibeg yang telah disediakan. Di dalam polibeg, benih menerima baja-baja yang mencukupi untuk membina daya pertahanan pokok sendiri. Di situ mulanya, pembinaan daya pertahanan untuk menghadapi sebarang seranggan yang bakal akan dihadapi. Tidak dinafikan, penjagaan pokok yang semuda ini lebih susah berbanding dengan pokok benih yang lebih besar. Lagi-lagi dengan pendedahan kepada cuaca terbuka. Tetapi oleh sebab pendedahan kepada cuaca terbuka dan seranggan sejak muda lagi, benih akan jadi lebih kebal dan kuat pada masa kelak nanti. Sekadar perkongsian proses saya 😁 Sokong hasil tempatan!