Loading the player...


INFO:
Lanjutan dari Kes Tahanan SOSMA , hari ini wakil guaman Hak Asasi Manusia MIC yang telah ditubuhkan oleh TYT Tan Sri Dato’ Sri Dr. SA Vigneswaran (Presiden MIC) telah hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Baru dan menuntut agar tahanan dibebaskan kerana mahkamah gagal mengemukakan laporan forensik, dan Pendakwa Raya telah memohon lanjutkan masa penahanan. Pihak kami yang diwakili oleh Datuk David Gurupatham (Ketua Jawatankuasa) dan Tn. RT Rajasekaran (Peguam) dan juga merupakan Setiausaha Agung MIC telah menuntut agar laporan forensik dikemukakan dalam tempoh 2 minggu dan kes perlu dibicarakan dalam tempoh 2 minggu iaitu pada 5hb Sept 2022. Kami memohon pihak keluarga bersabar dalam mengharungi cabaran ini.